CARA LETAK WIDGET INSTAGRAM DI BLOG

Thursday 20 July 2017

CARA LETAK WIDGET INSTAGRAM DI BLOG


Assalamualaikum and hye readers~


Buat apa tu? Dah makan ke belum? Kalau belum pergi lah sekarang. Jangan tunggu lama-lama. Nanti perut tu masuk angin. Kan dah susah.


Baru-baru ni ada seorang reader minta ai buat tutorial untuk letak button untuk follow instagram tu. Seriously, what? Fuhh tak sangka ada juga reader yang nak ai buatkan tutorial. Hehehe! So dengan penuh bersemangat ai menulis untuk entri kali ni. Pssttt! cuba klik gambar kat bawah ni.






Cara ai letakkan widget instagram ni tak sama langsung macam tutorial yang ai study kat otai blogger lain. Sebab yang ai try majoriti tak menjadi. Maybe ada lah tu ai buat silap kat mana-mana. Kalau jadi pun, icon dia ai tak berkenan. Nak cari icon lain lagi, leceh. Haa.. Nampak tak pemalas kat situ? Tapi cara ai ni ada je orang lain buat.


Ok jom ai ajarkan macam mana nak letak widget instagram versi ai. Untuk facebook, twitter, photobucket or lain-lain, boleh je guna cara yang sama.


  • Pilih apa saja icon atau gambar yang korang berkenan. Alaa google je. Ada banyak pilihan gambar yang korang boleh ambil. Tapi ai edit menggunakan photoshop. Nampak kreatif kat situ.. 😝 Kalau korang nak tempah design boleh email ai di aisyaismail88@gmail.com. Insyaalaah fast respond.

  • Log in blogspot korang > dashboard > layout.

  • Dekat sidebar tu click Add a Gadget > Image.

  • Upload lah gambar yang korang pilih tadi. Choose file > shrink to fit. Dekat ruangan link tu korang letak lah link instagram ke facebook ke twitter ke. Kalau korang nak letak link any website pun boleh. Asalkan link url tu betul. Title tu nak letak ke taknak ke ikut suka korang lah.

Ok dah siap. Jangan malu jangan segan ye nak ikut cara ai. Kalau korang tak suka cara ai, ni ada cara lain yang boleh korang follow.

Ada blog lain lagi yang tulis entri pasal widget instagram ni. Tapi ai tak ingat kesemuanya. Kalau korang nak yang lagi cantik dan style yang canggih, korang rajin-rajin lah beramah-mesra dengan blogger yang power-power. Macam kat atas tu. Hehehe! Selamat mencuba.


2 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D