ANNIVERSARY DI DASH BOX, CYBERJAYA

Friday 10 November 2017

ANNIVERSARY DI DASH BOX, CYBERJAYA


Assalamualaikum and hye readers~



Last minute planning. Sepatutnya last week ai dan encik husband cuti panjang. Since, encik husband ada event penting on monday, kami berdua terpaksa membatalkan niat itu. Tapi, tetap juga nak pergi somewhere sempena anniversary kami yang pertama ni. First raya bersama pun gigih kami nak sedondon bagai, takkan anniversary nak duduk rumah je kan. And Dash Box, Cyberjaya menjadi pilihan kami. Dekat pun dekat. Dalam 30-40 minit perjalanan daripada rumah ai.



Icon Dash Box.



Sebenarnya Dash Box ni encik husband yang pilih. Ai ok je as long as tempat best. Hehehe! Mulanya kami nak bilik yang buka je pintu terus nampak swimming pool. So, boleh terus terjun je dalam tu. Tapi nama pun last minute booking, yang best sudah tentu fully booked. Lagipun tempat ni tak besar pun. Kalau jogging keliling dash box ni boleh lah dapat dua tiga round. Naik basikal, selumber lima round! *rolling eyes* Disebabkan nak juga short vacay dekat situ, ai booked je cabin room. Tapi bila belek-belek website, ai tukar fikiran dan upgraded bilik kepada deluxe. Wahhh bukan main kan.


Dekat sini ada restoran untuk breakfast, lunch dan dinner. Harga standard hotel. Macam ai, dah siap tapau dari medan selera Taman Warisan Pertanian. So, tak risau pun pasal makan. Encik husband siap bawa bekal maggie takut kelaparan tengah malam. Kalau nak makan di kedai, boleh juga. Dalam 9 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Aktiviti malam ai? Belajar bawa basikal. Ya! Ai baru lagi belajar bawa basikal. Basikal boleh disewa melalui aplikasi obike.



View daripada lobby.


Ruang lepak.



Kelemahan Dash Box pada mata ai, perkara paling penting yang perlu diubah adalah system check in dan check out. Bayangkan seorang check in hampir 15 minit, pukul berapa agaknya orang ke 15 check in dapat masuk bilik? Maybe sebab masih baru, so semua buat secara manual. Resit pun print guna printer lagi. Lepas ni boleh lah tingkatkan prestasi. Bab view, pada ai memang superb! Ai suka sangat. Dan kerana view lah membawa kami ke sini.




View dari ruang lepak.


View dari bilik.

View dari bilik lagi.



Kami pilih bilik deluxe. Bilik tidak lah besar sangat. Boleh memuatkan dalam empat hingga lima orang maximum. Katil bersize super king, tiga orang pun muat tidur atas katil tu. Toilet? Besar ok! Separuh daripada bilik. Kalau toilet tu kecik sikit mesti bilik jadi lagi besar. Hehehe! Nak tidur dalam toilet pun boleh. Kalau korang sanggup lah. But tak ada bath tub. Kalau ada, mesti lagi seronok. Oh ya, dekat dalam fridge ada tiga minuman tin. Korang boleh minum secara percuma. Soft toy icon tu memang ada atas katil tu. Ai tak tanya pula boleh bawa balik ke tak.



Suasana macam dalam gua. Decoration dia cantik.


Tv pun besar, 40".


Open wardrobe.






Pada pendapat ai, Dash Box ni sesuai untuk percutian singkat yang memang nak happy-happy dan berseronok. Kalau korang nak kan ketenangan sila pergi tempat lain ataupun korang pilih bilik yang jauh daripada swimming pool. Tempat ni tarikannya adalah swimming pool semata-mata. Slide dia pun best juga. Adalah dalam lima ke enam kali ai turun naik slide tu. Yang ada anak kecil suka berendam memang sesuai sangat.Memandangkan kebanyakkan pengunjung tertumpu kepada swimming pool, siapa yang duduk dekat dengan pool tahu lah bisingnya macam mana. But ai ok je. Meriah kan. Swimming pool tutup pukul 09.00 malam. Lepas pukul 09.00 malam baru lah terasa sunyi sepi.



Swimming pool view.



Garden view.



Cantikkan? Sila abaikan model yang kurang fotogenik tu ok. Korang fokus pada view je. Tapi, gigih tau ai bergambar time hujan. Encik husband layankan aje. Sebab dia tahu, kalau dia tak layan, lepas tujuh hari tujuh malam pun belum tentu ai tak sebut dah pasal dia taknak amikkan gambar tu. Hehehehe. Kalau korang nak pergi, korang boleh je cari di apa-apa travel website. Ataupun call direct booking macam ai je, senang. Tapi tak dapat lah special discount. Hehehe!  Details seperti di bawah. 


DASH BOX HOTEL, CYBERJAYA

Cyber 8, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Malaysia

Tel : 03-83227171




57 comments:

  1. Wah..condition bilik ok x? BERSih x?

    ReplyDelete
  2. Cantik hiasan dalaman hotel,kemudahan yang ada pun semua nampak bagus.

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat ni! btw happy anniversary! semoga berbahagia selalu dan sentiasa dirahmati Allah :)

    ReplyDelete
  4. Tak sangka kat Cyberjaya ada tempat best macam ni.....akak pun rasa macam tu maybe sebab tempat tu baru so semua manual je...

    ReplyDelete
  5. Seronok jugak sekali sekala kalau nak short vacay 1night kan. Boleh jugak nak pi.. dekat pon ya

    ReplyDelete
  6. Salam singgah sini...wahh...menarik tempatnya...

    ReplyDelete
  7. cantiknya tempat dia. boleh tenangkan fikiran.

    ReplyDelete
  8. Konsep yang menarik dan hiasan yang cantik. Berdekatan plak tu dengan Rawlins - perhaps akan try staycation di situ di masa depan.

    ReplyDelete
  9. Menarik sungguh tempatnya. Unik sangat. Tak sangka kat Cyberjaya, biasa tgk bangunan ofis je.

    ReplyDelete
  10. Cantik view dia... Ai pun fotogenik lah..

    ReplyDelete
  11. Woww... mmg menarik dan cantik la tempat ni kak. :D

    ReplyDelete
  12. Wahhh...not bad..i like d concept
    Best kalau dpt staycation kt sni for while

    ReplyDelete
  13. Happy 1st Anniversary Aisya. ok jugak dash box hotel ni, nak bawa anak2 holiday sini la nnt.

    ReplyDelete
  14. lawa giler pool and all the views! and yes, toilet tu memang nampak sangat besar. hehe

    ReplyDelete
  15. Kita tak pergi-pergi lagi kat tempat ni tengok jer orang post rasa geram lak cantik dan menarik tapi selalu penuh orang cakap nak kena booking awal lah nampaknya....

    ReplyDelete
  16. Suka dengan konsep hotel ni. Unik dan menarik. Plan juga nk gi staycation kat sana. Tapi tak jadi jadi lagi.

    ReplyDelete
  17. Menarik la tempat ni. View pun cantik. Nanti bila ada masa boleh pergi sana

    ReplyDelete
  18. kenapa x wefie dgn encik husband?

    ReplyDelete
  19. wah cantik sangat view ni. Terima kasih kongsi gambar detail. Nampak ramai jugak kawan2 yang share kt Fb baru baru ni. Dah dekat sangt la dengan rumah boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  20. Happy anniversary!!! nampak best ajer..kalau short vacation dalam Selangor..sesuai jugak kan? thanks for sharing.

    ReplyDelete
  21. Comei betul dashbox ni..dah msk wishlist nak bawa anak2 jalan sebab pool tu anak2 mesti suka..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ai pergi ramai betul budak-budak kat pool dewasa tu. bawa pelampung.

      Delete
  22. wish to stay there. look so nice la

    ReplyDelete
  23. Cantik! Ruby suka pi hotel dan tengok dekorasi mereka. Sebabnya boleh la deko rumah kita plak. Open wardrobe tu ruby suka. Cuma kalau kat rumah ni mesti berhabuk. Takda aircond. Tingkap selalu terbuka. Hurmmm.

    ReplyDelete
  24. Menarik jugak tempatnya. Swimming pool dia pun mcm best je. Kalau ada budak budak sure suka ni.

    Hihi...betul tu. Anniversary takkan nak duk rumahkan. Sekurang kurangnya kena candle light dinner hihi...

    Happy Anniversary Aisya...moga jodoh korang berdua kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D