UNTUK KALI YANG KEDUA - Aisya Ismail

Monday, 5 February 2018

UNTUK KALI YANG KEDUA

Assalamualaikum and hye readers~



Bulan December lepas ai ada cerita tentang Showcase Gempak Giler yang diadakan di Bangi Wonderland. Sebenarnya ai tak puas mandi manda masa tu. Sebab banyak rides yang ai teringin nak cuba tapi ai tak cuba. Takutttttt! Terutamanya Magic Funnel. So, minggu lepas ai repeat untuk kali kedua. 





Kali ni ai pergi dengan adik-beradik ai. Pada awalnya kami plan nak pergi ramai. Tetapi, makin nak dekat tarikhnya, seorang demi seorang tak dapat nak turut serta. Kalau semua dapat join hari tu, mesti lagi seronok. Ye lah, jarang-jarang dapat berkumpul kan. Hehehe!


Kalau sebelum ni ai takut nak cuba rides di Bangi Wonderland, tapi tidak untuk kali ini. Rasanya hampir semua rides ai cuba. Mula-mula kami warm up di Typhoon River. Menyusuri sungai keliling Bangi Wonderland. Ai tak suggest korang susur sungai tu waktu panas. Hitam! Hahaha! Tangan ai belang sampai sekarang. 


Selepas selesai mengelilingi sungai, kami beralih kepada Kids Adventure. Kami bawa tiga orang kanak-kanak, takkan nak main permainan orang dewasa je kan, Kesian kat budak-budak tu. Sebelum kita happy, kita bagi diorang happy dulu. Barulah mereka tak meragam. Selepas tu barulah kami beralih kepada Anaconda Trail. Tapi ai tak naik pun. Takutt!


Tengoklah budak ni. Dia sorang yang turun macam Superman.



Insane Racer! Ni favorite ai. Satu-satunya slide dewasa yang mesra pengunjung dan boleh naik ramai-ramai serentak. Kenapa ai cakap mesra pengunjung? Sebab tak takut sangat, dan budak pun boleh main. Lepas tu diorang nak cuba Magic Funnel pula. Ai? Mesti lah taknak. Hahaha! Terus ai suruh anak buah ai yang ikut sebab walaupun budak tapi badan dia besar. Ok lah kot. Hehehe! Ai ikut juga sebab nak amik video. Bila sampai sana, anak buah ai tak dibenarkan sebab untuk budak ada had tinggi dan berat yang ditetapkan. Kesian dia. Lagi kesian pada ai, sebab ai dipaksa jadi pengganti. 😢



Insane Racer. Kredit gambar kepada Bangi Wonderland youtube.

Magic Funnel. Kredit gambar kepada Travelog.com.


Bila dah cuba, ai boleh katakan Magic Funnel tu memang best. Ya, seram sampai ai nak terlepas pelampung tu. Tapi best, best sangat. Yang tak bestnya, bontot ai terhentak-hentak atas slide. Sakit wehhh!! Bila diorang ajak main Green Pearl, ai surrender. Ai tunggu mereka untuk meneruskan adventure di Anaconda Trail. Kalau berani naik Magic Funnel, Anaconda Trail tu apa lah sangat kan. Hahaha! Kami repeat, kali ni ai join. Best, tapi Magic Funnel masih the best.


Beralih pula kepada Spiralax. Ai tak dapat main slide yang ni. Penat tau panjat tangga bertingkat-tingkat. Sampai atas, penjaga tu cakap ai tak boleh naik dengan encik husband. Better seorang dewasa dan seorang kanak-kanak untuk tujuan keselamatan. Bila semakin berat, potensi pelampung tu terbang tinggi ada. Dia suruh naik dengan seorang budak yang ai tak kenal. Oh tak apa lah, ai rasa tak selamat bila ai yang kena jaga budak tu. Hahaha! So, ai turun menggunakan Body Slides.


Dah selesai mencuba semua slides yang menggerunkan tu, kami beralih ke Kids Adventure semula. Slides The Fall dan Wonder Loop kami abaikan. Seram teruk. Di Kids Adventure ada banyak slides. Yang tinggi yang rendah, tertutup, terbuka semua ada. Dan semua slides ni mesra pengunjung. Bila dengar je bunyi siren, kami terus berlari-lari anak ke Pirates Bay. Main ombak.





Ombak di Pirates Bay bukan sentiasa ada. Ombak jadian kan, mesti lah nak kena berehat juga. Bunyi siren tu menandakan ombak nak bermula. Bila ada ombak, masa ni lah Pirates Bay dipenuhi dengan pengunjung. Dengan pelampungnya yang besar-besar. Macam pesta air pula. Hahaha! Tapi kalau tanya ai, masa ombak ni ai lebih suka duduk dekat-dekat dengan gigi air. Ombaknya masih kuat, tapi ai pening bila lama-lama dekat ombak besar bahagian air dalam. Nasib tak termuntah. Pirates Bay ni pun ai tak galakkan korang berendam masa panas. Nanti berbelang macam ai.


Ombak habis, Pirates Bay mula ditinggalkan pengunjung sebab dah jadi macam kolam biasa tanpa ombak. Hehehe! Panas pula tu. Masing-masing lebih memilih Kids Adventure. Sebelum kami beralih ke Kids Adventure, Encik Husband, kakak dan abang ipar ai pergi mencuba Boomeriang. Ai tak mahu dah main slides yang menggunakan pelampung. 


Dalam perjalanan ke Kids Adventure, anak buah ai ajak repeat main Insane Racer. Nak tebus kekalahan katanya. Kami pun layan kan saja. Tapi dia tetap kalah. Hahaha!


Sebelum balik, ai teringin nak cuba Water Cannon. Masa pergi sebelum ni lagi ai dah teringin nak main Water Cannon tu, tapi tak ada keberanian. So, kali ni kena cuba. Dan setelah mencuba, itulah pertama dah terakhir kali ai cuba Water Cannon. Perasaan dia macam korang kena campak sekuat hati masuk ke dalam kolam. Ting tong sekejap. Lepas tu kami habiskan masa bermain di Kids Adventure sebelum bersiap untuk pulang.


Tercabut life jacket hakak.



Kali ni ai memang puas hati sangat bermain di Bangi Wonderland. Buat masa ni belum terfikir untuk ke mana-mana waterpark lagi. Hahaha! Mungkin bila belang ni dah hilang baru ai akan terfikir lagi kot. Oh ya, sediakan mental dan fizikal tau untuk naik tangga tinggi setiap kali nak main slide. 


Harga untuk masuk ke Bangi Wonderland adalah rm58 untuk dewasa dan rm48 untuk kanak. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Bangi Wonderland, korang boleh masuk ke website Bangi Wonderland. Selalu ada promosi, tapi korang kena rajin survey.




aisyaismail

51 comments:

  1. Wahhh...menarik..Tapi Leya pun bukannye berani sangat pun..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama lah. redha je kena paksa.

      Delete
  2. tak pernah sampai lagi dekat sini..mungkin suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  3. i miss going to waterpark with my friends

    ReplyDelete
  4. Fuh magic funnel tuh nampak sangat mencabar...hehe

    ReplyDelete
  5. Biasalah tu... waktu plan semua kata ok! last2 yg jadi joinnya tak semua hehehe ^^ Hana dah biasa kena huhuh T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu laa.. kita mampu merancang je.

      Delete
  6. Tu dia sampai kali ke dua dah. Best sangat la tu ye , Ty suka dengan air tapi tak berkesempatan lagi nak gi walaupun boleh kira dekat. macam - macam juga ya ada. nnt nk try la ajak BFF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best lah ty. tapi so far lom terfikir nak repeat kali ketiga.

      Delete
  7. insane racer kat escape water park lagi curam kut berbanding kat bangi ni..tp dia punya magic funnel tu scarynye tengok even uols ckp best pun..tak tau la nak habaq..gayat uiii..hahaha..tp tulah belum cuba belum tau best ke idok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai kena paksa. kalau x memang tak naik.

      Delete
  8. Hari tu ada lalu sini je...Omakaiiii Magic Funnel tu menyeramkan lah....Besar jugak benda tu eh. Kita masuk dalam tu sure laju giler tu.....kus semangat....takutnya....tapi teringin gak nak datang sini sebab lokasinya berdekatan jugak dengan rumah.

    ReplyDelete
  9. Wahh bestnya.. tak pernah ke sini lagi. Bolehlah nanti rancang2 family santai2 main air kat sini.. nampak meriah sgt tempat ni. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  10. eh walaupun dekat dengan rumah masih belum ada kesempatan nak kesana lagi mahal ke tidak bayaran masuk ni, gelongsor warna warna tu nampak macam best je ! ada extra vaganza mungkin nak singgah ke sana nanti wohoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm58 dewasa rm48 kanak-kanak. tapi selalu je ada promo.

      Delete
  11. Tengok masa kena campak tu macam best je..boleh campak sekali semua masalah kat kepala..kekeke..teringinnya nak try g sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh tak, macam bertambah masalah lepas kena campak.

      Delete
  12. aida tak brape brani nak try tu, aisya. takot!!!
    biar la anak-anak yg try. ari tu ada plan nak ke sini utk tahun baru.
    tapi tak jadi.
    sebab masa tu musim ujan. izzat plak selsema.
    next time la. nampak menarik aje dari entri aisya ni :)
    tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best, tapi kalau takut cam rugi. Hahaha!

      Delete
  13. Ni nak kene tunggu anak besar sikit lagi baru seronok nak bawak ke taman taman tema ni. Ni time dia kecik sangat, banyak mainan yang tak boleh join.

    ReplyDelete
  14. Wah nampak seronok ya mandi manda dengan adik adik.akak nak bawa jugalah anak anak dtg sini.diorang suka tempat tempat macam ni.tiket masuk untuk dewasa dan kanak kanak berapa rm ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dewasa rm58 kanak-kanak rm48. tapi selalu je ada promosi.

      Delete
  15. You have written quite an extensive and useful blog post. If you get time do visit my book review blog: www.keveinbooksnreviews.in

    ReplyDelete
  16. wah kena pegi jugak skali ni. haritu husband ada ajak pergi tapi dah lewat petg lalu bangi macam rugi kalau masuk petang2 nanti tak sempat nak main. Magic funnel macam seram je nengok nya. idok la AR nak naik kot. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ai terpaksa ni AR. Kalau tak memang tak naik.

      Delete
  17. sekarang air dekat gelongsor dia dah banyak ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah. Tak banyak sangat tapi ok.

      Delete
  18. kalerful warna slide dia.....cantik..tapi nampak tempat agak panas la..ke mmg musim panas sekarang..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim lah kot. kat rumah pun bahang.

      Delete
  19. Pernah mandi manda dekat sini bangi wonderland, memang best sekali... tapi magic funnel tu tak berani nak naik

    ReplyDelete
  20. Kalau dah repeat tu memang best lah kena datang sini hehehe kat Kl ni banyak sangat tempat mandi tak tahu mana nak pergi hehehe... Dah daftar ezbuy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kl ada 3 je kan? belum, akan daftar.

      Delete
  21. Best juga water theme park Bangi Wonderland ni. Selalu dengar nama je. Tak pernah sampai lagi. Skrg dh byk themepark.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. banyak dah, pilih lah yang terdekat. Hehehe

      Delete
  22. Whoa! tpt camni ada kat bangi je??? I kat kajang ni dekat je kot and tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dekat pasaraya cs kalau tahu.

      Delete
  23. Sayq tak pernah lagi sampai sini. Nampak macam best. Nanti leh la ajak kawan-jawan terjah sini.

    ReplyDelete
  24. Bestnya boleh main air macam ni. Tapi saya ni takut skit sebab tak reti berenang. hehe

    ReplyDelete
  25. Hui.. baca je dah rasa goosebump tengok games tu. Belum pergi dan main lagi.

    ReplyDelete
  26. I love bangi wonderland.. let's go splish splash and play water!

    ReplyDelete
  27. insane racer tu nampak best!!..tp nak berbasah-basah di khalayak ramai, mmg segan sikit..huhu..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D