MEE BANDUNG DALAM DIAM AKU MENCINTAIMU

Wednesday 3 May 2017

MEE BANDUNG DALAM DIAM AKU MENCINTAIMU


Assalamualaikum~

Hye.. lama betul Ai tak menulis atas kesempitan quota internet. Before Ai teruskan dengan lebih lanjut, korang ada tak wifi yang boleh suggest kat Ai. Ai nak yang harga berpatutan dan line best.


Ok berbalik pada tajuk, hari ni Ai nak kongsikan resepi one of my favorite menu "Mee Bandung Dalam Diam Aku Mencintaimu". 



MEE BANDUNG DALAM DIAM AKU MENCINTAIMU




Haaa gempak ke gempak nama menu tu? Kalau nama pun dan gempak, rasa dia apatah lagi kan? Tengok gambar pun dah menyelerakan.. Ok jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya. Mudah sangat tau.. Cuma bahan dia je banyak sikit.





BAHAN-BAHAN

1- 1 packet mee kuning. Kalau korang feeling nak guna mee lain pun no problem. Ikut yang mana sedap untuk korang.
2- 100g Udang yang dah dikupas kulitnya. Boleh juga tukar kepada ayam atau kedua-duanya sekali. Kuantiti boleh tukar ikut suka (optional).
3- 100g Sotong dihiris. Kuantiti boleh tukar ikut suka (optional).
4- 1 paket bebola ikan. Boleh masukkan seketul-seketul, belah 2 atau racik kecik. Kuantiti boleh tukar ikut suka (optional).
5- 1 paket fish cake dihiris. Kuantiti boleh tukar ikut suka (optional).
6- 1 kiub pati ayam norr.
7- 5 sudu besar sos tomato.
8- 4 sudu besar sos cili.
9- 1 sudu besar sos tiram.
10- 3 biji limau kasturi dibelah 2. Kuantiti boleh tukar ikut suka.
11- 2 biji telur. Kuantiti boleh tukar ikut suka.
12- Sedikit sawi 
13- Sedikit kobis bunga
14- 1 biji Tomato
15- 3 sudu besar cili mesin
16- 4 ulas bawang putih yang ditumbuk atau dikisar.
17- 6 ulas bawang merah yang ditumbuk atau dikisar.
18- Minyak masak.
19- Air secukupnya.
20- Garam.

CARA-CARA

1- Panaskan minyak di dalam periuk atau kuali mengikut keselesaan anda semua.
2- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga garing. Kalau bau dah naik and takde bersin-bersin tu dah garing lah tu.
3- Masukkan air secukupnya dan diikuti dengan kiub pati ayam knorr dan dibiarkan mendidih. Masa ni kalau korang nak celur mee pun boleh sambil tunggu mendidih.
4- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
5- Masukkan udang, sotong, ayam, bebola ikan dan juga fish cake.
6- Masukkan sawi, kubis bunga, hirisan tomato dan pecahkan telur.
7- Tunggu sehingga mendidih. Jangan lama sangat kerana dikhuatiri kuah menjadi kering.
8- Siap!!


Macam mana?? Senang tak? Korang boleh hidangkan mee bersama hirisan cili, limau kasturi, daun sup daun bawang dan juga bawang goreng. Tapi Ai tak suka bawang goreng. So kalau Ai masak, agak susah nak nampak bawang goreng tu.


So boleh lah korang cuba di dapur sendiri pula.


SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D